Pages

Monday, January 16, 2012

Awal Mula Al-Qur'an Dikumpulkan Lembar Perlembar



Pada saat wafatnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. terjadilah suatu peristiwa, seorang penipu bernama Musailamah Al-Kazzab menggelar dirinya sebagai nabi. Maka orang yang lemah imannya banyaklah yang kembali murtad. pada saat itu keadaan bertambah genting Saiyidina Abu Bakar r.a. telah mengisyaratkan perang memberantas gejala buruk ini, maka terjadilah satu peperangan yang hebat. Dengan bantuan Allah s.w.t. tentera Islam dapat menewaskan dan membunuh Musailamah. Dalam peperangan ini ramai para hafiz yang terbunuh.

Hal ini amat membimbangkan Saiyidina Abu Bakar. Maka beliau memerintahkan Zaid bin Thabith untuk mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran untuk dibukukan.
ketika mendengar perintah itu Zaid berkata: Dengan nama Allah, jika tuan menyuruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran.
Bagaimanakah sanggup tuan melakukan sesuatu yang baginda sendiri tidak malakukannya?" Saiyidina Abu Bakar r.a. menerangkan bahawa tindakan ini terpaksa dibuat demi menyelamatkan Al-Quran dari kemurnian aslinya. Setelah Zaid mendengar penerangan itu, maka ia pun menemui penduduk-penduduk di situ dan mengumpulkan satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran
dari mereka yang ada menyalinnya. Zaid r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnya dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.

0 comments:

Post a Comment