Pages

Monday, January 16, 2012

Cinta Sejati Seorang Sahabat



Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau bisa dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban.

Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan
bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.

Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, dan saya belum tentu di syurga paling bawah atau yang paling saya khawatirkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak berjumpa muka denganmu lagi.

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat
berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka dan diberi nikmat oleh Allah kepada para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
.................
- Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang murni.
- Mencintai Rasul sama dengan mencintai Allah.
- Jika di dunia menyayangi nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat kelak.
- Hati yang dalam kecintaannya terhadap seseorang, akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
- Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
- Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai beliau, meskipun baginda nabi saw sudah wafat.
- Rasulullah memberi syafaat kepada siapa saja di antara umatnya yang mengasihi baginda nabi saw.
- Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
.................

Duhai... sahabatku, walaupun kita bersahabat didunia maya...
semoga kita tergolong orang-orang saling menyayangi karena allah...
Amiiiiiiiiiin....

0 comments:

Post a Comment