Para sahabat yang senantiasa bersama Rasulullah saw mereka selalu memperhatikan bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata apresiasi sahabat, yang pernah melihat baginda s.a.w. :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang secakap Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
- Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinar bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahwa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
- Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.
- Apabila Rasulullah s.a.w. merasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
- Pertama kali memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona .
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Hidungnya mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Aku tidak pernah menyentuh sutra yang tipis maupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w.
- Kulitnya putih lagi bercahaya
- Badannya cenderung tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sehat daripada orang lain. yang cukup makan.
-Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah s.a.w.
0 comments:
Post a Comment