Pages

Monday, January 16, 2012

Pujian Kakek Kita Adam AS Kepada Umat Muhammad SAW



Dikisahkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan
kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W
diterima di sembarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat durhaka dengan telanjang,
tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berdurhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku.
Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,
tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila
mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

1 comments: