Pages

Monday, January 16, 2012

si.. Pencuri dan si.. Alim Yang Dimusnahkankan Dosa dan Kebaikannya


   
Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia melihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s. Katanya “ Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa,mudah-mudahan ada juga berkahnya untuk aku.” Tetapi setelah dipikirkannya kembali, dia tidak jadi mengabulkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak
pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.”

Berjalan kemudian, dia melihat pula seorang abid berlari-lari hendak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. ketika si pencuri terlihat oleh si abid, dia terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rusak segala kebaikan dan amalanku".

Si abid terus berlari kencang supaya si pencuri tidak dapat ikut denganya. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya mereka berdua sampai kepada Nabi Musa a.s, Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru saja mendapat wahyu dari Allah supaya memberitahu kalian berdua bahwa segala amalan baik dan buruk kalian telah dimusnahkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.

Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rusak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya tersiksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya menanggung derita itu. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, ampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul dan berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

0 comments:

Post a Comment